Wednesday, February 2, 2011

KELEBIHAN SURAH-SURAH DALAM AL-QURAN

(1) BISMILLAH (Dengan Nama Allah) 
Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya 
terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia 
dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian 
terkejut. Dan barang siapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang 
yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta 
naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.

(2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan) 
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, 
nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan 
nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barang siapa 
membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya 
dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya 
rohaninya. 

(3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah) 
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, 
nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan 
membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca 
ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran 
dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya 
Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak 
terhitung banyaknya. 
Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan 
meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan 
para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk 
sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yang 
lain : 
Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan 
membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota 
nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal 
dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain 
mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, 
nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah 
sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para 
Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati 
Syahid. 
Imam Jaafar Shadiq . a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, 
nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang 
terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran 
ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka. 

(4) SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina) 
Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) 
sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara 
bahaya. 

(5) SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran) 
Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia 
akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari 
gangguan jin. 

(6) SURAH AN-NISSA' (Perempuan) 
Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia 
akan terselamat dari kejahatan para penjahat. 

(7) SURAH AL-MAIDAH (Hidangan) 
Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang 
mungkin selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamat 
dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 
89 hingga ayat 101dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada 
orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta 
lagi. 

(8) SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak) 
Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari 
segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini, dibaca oleh 
penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam. 

(9) SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi) 
Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap 
sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan 
terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, 
ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan 
mendapat rahmat Allah. 

(10) SURAH AL- ANFAL (Rampasan) 
Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan 
di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia. 

(11) SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan) 
Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan 
akan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah 
ini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju 
perniagaannya itu. 

(12) SURAH YUNUS (Yunus) 
Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, ke atas Perempuan yang 
hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan 
selamat. Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan 
terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau. 

(13) SURAH AL-HUD (Hud) 
Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatan 
serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 
dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari 
gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. 
Barang siapa membaca ayat112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepas 
tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati. 

(14) SURAH YUSUF (Yusuf) 
Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan 
kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia 
akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup. Barang siapa membac 
ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan 
kepada anak-anaknya. 

(15) SURAH AR-ra'D (Petir) 
Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari 
petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya 
Penyakit jantungnya akan sembuh. 

(16) SURAH IBRAHIM (Ibrahim) 
Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya 
anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan 
bida'ah. 

(17) SURAH AL-IIIJ' (Batu Gunung) 
Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas 
perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak 
kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya. 

(18) SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil) 
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang 
yang bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu. 
Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari 
perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang- 
orang yang setempat dengannya. 

(19) SURAH AL-KAHF (Gua) 
Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. 
Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat 
rezeki yang murah. 

(20) SURAH MARYAM (Maryam) 
Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan 
di akhirat. 

(21) SURAH THAAHAA (Hai Manusia) 
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya 
ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. 
Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap- 
tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan 
akalnya akan sempurna. 

(22) SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi) 
Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan 
mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s. w. t . 

(23) SURAH AL-HAJ (Haji) 
Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya. 

(24) SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin) 
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang 
yang selalu minum minuman keras, nescaya dia tidak akan meminumnya 
lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya 
akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari 
kecurian dan serangan musuh. 

(25) SURAH AN-NUUR (Cahaya) 
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi 
yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari 
Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang 
ramai. 

(26) SURAH AL-FURQAN (Pembaca) 
Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu 
air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat 
dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa. 

(27) SURAH ASY-SYU A'ra (Ahli-ahli Syair) 
Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan 
senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang 
berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu. 

(28) SURAH AN-NAML (Semut) 
Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal 
kepadanya. 

(29) SURAH AL-QA-SHASH (Cerita) 
Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka 
tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 
hingga 55 dari surah ini, Nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan 
sempurna dan budi pekertinya akan halus. 

(30) SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah) 
Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa 
membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah. 

(31) SURAH AR-RUM (Rum) 
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang 
hendak menzaliminya. 

(32) SURAH LUQMAN (Luqman) 
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala 
penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca 
ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir. 

(33) SURAH AS-SAJ DAH (Sujud) 
Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas 
kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala- 
gala penyakit ruhani dan jasmani. 

(34) SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan) 
Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya 
ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa 
membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan 
membinasakan musuh-musuhnya. 

(35) SURAH sabar' (sabar') 
Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, 
terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman. 

(36) SURAH FAATHIR (Pencipta) 
Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah Akan 
memberkati perniagaannya. 

(37) SURAH YAASIIN (Hai Manusia) 
Nabi kita Muhammad s. a. w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati 
dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin." Yaasiin kerana Allah, nescaya 
akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik.." Dalam satu 
hadith yang lain Baginda s. a. w bersabda: "Hendaklah kamu membaca 
surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul- 
maut, nescaya Allah s. w. t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut 
itu."Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s. a. w bersabda: "Aku 
ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku." 
Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala 
hajat dan cita-citanya. 
Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, Lalu 
berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu 
bapanya akan diampunkan oleh Tuhan. 
Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, 
nescaya akan maju perniagaannya itu. 
Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia mati 
pada malam itu, mesti ia mati syahid. 
Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat, 
nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya oleh 
seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan 
mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah 
ketakutan pada musuh-musuhnya. Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat 
surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith 
tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian. 

(38) SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris) 
Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada 
gangguan jin. 

(39) SURAH SHAAD (Shaad) 
Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat 
kebahagian sejati. Insyallah rakan- rakan semua akan mendapat 
'Sayangilah Diri Anda Sebelum Menyayangi Insan Lain"

No comments:

Post a Comment