Thursday, September 9, 2010

MIA AND MUCHO di cat boarding

Besok dah rasa, nak tak nak kena buat kena buat keputusan. nak ke tak nak hanta mia dan mucho ke cat boarding.. last-last keputusan..: HANTAR DARI MATI..

Rasa nak menitis air mata. Sebak masa nak tinggalkan Mia dan Mucho kat hostel ni.. Tengok boarding place tak semewah dan seseronok dorang kat rumah.

Lama pulak tu tinggalkan Mia dan Mucho kat situ. Khamis sampai Isnin.. Risau keadaan dorang. Mia insya allah boleh tahan mental dia.. tapi risaukan Mucho tu.. Jangan dia sakit murung sudah..

Suami nampak muka sue sedih je masa nak tinggalkan dorang.. Hubby kata dari tinggalkan kat umah.. kalau mati lagi sedih... ialah memang la.. tapi sedih nengok..

Mia dan Mucho sue decide dok dalam satu cage


Mucho dah mula rimas dengan kucing-kucing lain.. Mia control and cuba relaks


babai Mia .. Mucho. jangan lupakan mama tau..

Rasanya besok pepagi nak singgah tgk dorang sebelum balik kampung.. nak peluk dorang kejap... 

Saturday, August 7, 2010

kronologi episod penghinaan terhadap Johor oleh NOR AZITA OSMAN

Peringkat awal saya dapat link ini dari facebook jabatan saya pada 3 ogos 2010

14 Julai 2010 
Nor Azita telah membuat kenyataan yang menyentuh sensitiviti rakyat Johor
rujuk : http://www.facebook.com/nooruls#!/photo.php?pid=479021&id=1809825388&ref=fbx_album



3 Ogos 2010 (Rabu)
1.00tgh
Perkara tersebut saya share di laman facebook saya dan telah mendapat 461 komen, yang memaksa saya untuk privatekan semula laman facebook saya , di khuatiri account saya disable kerana terlalu aktif.

1.30tgh
saya mesej azita untuk tampil ke depan mintak maaf. tapi tiada jawapan

3.00petang
somebody telah create satu page band Nor Azita telah di wujudkan : saya tidak sempat untuk berkenal-kenal dengan orginiser tersebut.
http://www.facebook.com/pages/Nor-Azita-Osman-Hina-Johorbanned-Dia/149449448402178?ref=mf&v=wall

3.44petang
info yang saya dapat : new INFO: si budak ITA tu TAKUT GILER and dia soh budak prektikal jwp kol untuk dia...dia tengah mengigil skrg coz terlalu bnyak msg masuk maki n kutuk dia.... And dia clarify ckp dia gurau2 jer and dia x sangka org akn terasa....dia nak buat PERMOHONAN MAAF SECARA TERBUKA..... kita tgk kan jer lah dia.... baru dia tau dia ingt org johor akn berdiam diri.....


Saya juga ada dapat mesej dari sahabat yang menyatakan azita meminta maaf secara main2 dan tetap memperlekehkan rakyat johor.
(link tidak dapat dinyatakan; sebab link tu saya dapat sorang sahabat)


4.05petang
sue, ni petikan maaf dr nor azlita....kepada seluruh rakyat malaysia, saya Nor Azita Osman, memohon maaf kepada seluruh rakyat malaysia terutama rakyat johor, atas kesilapan saya menghina JB sbb xde famos amos je..sesungguhnya mmg niat nk bergurau dgn member2 je..x sangka ia menjadi sesitif isu..its a lesson 4 me..ones again, mohon maaf kepada semua rakyat johor. plzz forgive me..

6.oo petang ketika saya mengoogle perkara ini telah di war2kan di Radio Johor

http://www.radiojohor.co.cc/



4 Ogos 2010 (Khamis)

8.00pagi
Page band NOR AZITA telah di tutup kita itu sudah 6000++ like.

Ada sumber menyatakan surat telah dihantar kepada Jabatan Istana,  Pengarah Kastam Johor, Pengarah Kastam Malaysia, Pejabat Menteri besar dan Pejabat  Dato' ss. Apa biji butir saya tidak tahu

9.00malam
satu sumber lagi menyatakan (cut n paste) kak adah: sy ader info bru. td pagi pengarah kastam ader mjlis beramah mesra ngn rakyt bsma sultan Johor kt kluang... sultan siap smpaikan berita psal nor azita ni kpd pngarah kastam and soh amik tindakan or teguran....Da kecoh satu bngunan kastam n dorang ingt pengarah nyer PA.rupanye PA Tmbln pngarah... x tau lg ape tndakan ke ats dia... smua org kt kastam marah giler coz definitely akn ade dibanned FB kat kastam...the best part norazita ckp ala klu pngarah pbgil ita...ita ngadap jerlah... lagsung x tkut bdak ni ...pdhal sultan da tau psl issue ni and dalah kutuk psl anak sultan.

5 Ogos 2010 (Jumaat)
http://www.facebook.com/nooruls#!/photo.php?pid=469421&id=1837704864
tekanan dari suami nor azita (simpati dengan tekanan yang suami azita terima)

6 Ogos 2010 (Jumaat)
1.  Berita beliau di Sinar Harian-Edisi johor

http://www.sinarharian.com.my/johor/content/story8033509.asp


2. Page baru kecam penghinaan Nor Azita di wujudkan. Kali ni admin mempunyai metal yang agak kuat untuk meneruskan page ini sehingga selesai.. Ada sedikit perlian dan keceman diterima oleh admin. Macam 1st page juga ia dikecam untuk page tersebut ditutup. Agar memberi peluang kepada Azita terlepas begitu sahaja. Banyak detail peribadi Nor Azita. tapi saya Yakin rakyat Johor masih waras untuk bertindak.Siapa admin... saya tak pasti siapa..

Terkini : 10.25malam :

Aduka Adi Putra INFO TerKINI dari Nora Abdul Jalil ..dengar2 the pengarah kastam johor sudah dipanggil sultan bg tempoh seminggu suroh buang/transfer out from johor. She is the PA kpd timbalan pengarah kastam johor..


betul atau tidak.. kita tunggu..... ini info atas info.. betul atau tidak masih belum sahih lagi jangan buat apa2 andaian. kita tunggu pihak yang betul2 boleh di percayai beritanya.














Thursday, May 27, 2010

PEMENANG KOMEN BAGI BLOG http://thecolouroflifeislove.blogspot.com/2010/05/apa-kata-ustaz.html

TAHNIAH KEPADA

Hanis Farhanah Mohd Nazan

MEMANGI RM50 DI ATAS KOMEN BELIAU DI BLOG http://thecolouroflifeislove.blogspot.com/2010/05/apa-kata-ustaz.html

makchaq said

sepertimana yg kita semua sudah pasti, kepelbagaian dalam pemakaian tudung dan menjadi satu trend yang sangat2 luas. pemakaian yang pelbagai ini juga jika dilihat juga adakalanya yang tidak bersesuaian lah kan dengan syarak dan prinsip pemakaian muslimah. zaman sekarang ramai bertudung tapi tidak sempurna seperti yang sepatutnya, namun sekurg2nya masih ramai yang ingin bertudung dari langsung mempamirkan aurat mereka. adat manusia sukakan kecantikkan apatah lagi golongan wanita. berketerampilan cantik dan bergaya lagi uptodate seolah2 dh jadi satu kemestian, tidak terkecuali juga dgn diri saya sendiri. tpi, tidak bermaksud yang tidak sempurna itu tidak baik, terpulang pda diri masing2 utk memilih cara mereka. yang dapat saya lihat juga sekarang ni semakin ramai gadis2 diluar sana yang sebelum ini tidak bertudung mula berjinak2 utk menutup aurat mereka dengan pemakaian trend baru ini, trend2 ini lebih menonjolkan keyakinan mereka utk menjaga aurat. kita sbgai insan biasa tidak ada kuasa utk menghukum siapa2.kalau ada rsa tak puas hati, tak berkenan sumenya boleh di atasi dengan cara baik. tak perlulah menyebarkan perkara yang belum sah hukumnya dan kemudiannya mengaibkan oranglain. seharusnya kita mengkaji dan kaji lagi. dunia sekarang semakin mementingkan syarak dalam apa hal sekalipun. paling ketara dalam bab makanan,semuanya mementingkan halal.. jangan mudah slh ertikan hadis, kerana org yg mengsalah ertikan hadis tu sudah pasti dosanya sangat besar.. mudah2an hal ini tidak menjadi perhatian org bkn islam krna bimbang fitnah yg akan di katakan kelak, sma2 lah kita mendoakan yg terbaik, dan mudah2an kita semua menjadi muslimah yang sentiasa dilindungi Allah SWT..amin
Farhana please inbox me ur account nama.. full name.. nomo telefon

Wednesday, May 26, 2010

LOGO CROC MENYERUPAI TULISAN NAMA ALLAH?


kebetulan atau sebaliknya........ anda sendiri menilai..

'BIG FISH MOMENT with PIZZA HUT



SEJAK MINGGU LEPAS, ANAK PEREMPUAN SAYA SYAHIRAH DAN ADIK SAYA HIDAYAH BERSUNGGUH-SUNGGUH MENGAJAK SAYA KE PIZZA HUT SEBAB ADA PIZZA BARU..  PIZZA IKAN KATANYA... (FISH KING PIZZA)

MASA MEREKA SEBUT PIZZA IKAN.. BERKERUT-KERUT KENING SAYA.. DALAM HATI TERDETIK.. "ALAMAK SEDAP KEW"...........

TAPI ORANG KATA TAK KENAL TAK CINTA.. BELUM CUBA.. BELUM TAU APA RASAKAN...

JOM.. 
BACA PENGALAMAN SAYA
 MAKAN PIZZA IKAN DI PIZZA HUT
(SEDAP KE.. TAK SEDAP????????)

 I LIKE D GURL... SO CUTE AND MANIS. I SUKA  PIZZA HUT DI JUSCO BUKIT INDAH... CUBA TENGOK... BEST KAN LAMPU KUNING-KUNING.. MACAM WARNA ROTI PIZZA JUGAK... he..he.. he.


MENARIK.... PEMBAYARAN MENGGUNAKAN KAD MAYBANK..
DAPAT 30%  DISKAUN LAGI


BILA SAYA DUDUK.. SAYA LIHAT KELILING.. 
MEJA DI HADAPAN SAYA SEDANG MENIKMATI 2 SET FISH KING PIZZA .... 
TIDAK JAUH DARI TEMPAT DUDUK SAYA
 THAT GUY SEDANG BERTANYA TENTANG FISH KING PIZZA KEPADA PELAYAN..
IM NOT LYING.. IT'S TRUE
WOW....... MEMANG MENARIK... KAN...




TIME NI TGH TUNGGU OUR ORDER.... RASA TAK SABAR NAK RASA... 


THIS IS THE PIZZA... OH GOSH.............
(tangkap leleh.. i tak nak taip bebanyak) 
hey friend... ENJOYED  LOOKING THE PICTURE yea...
(nyum.. nyum.. nyumm)

I INGAT PERAH LEMON TU TAK SEDAP... 
JANGANNNNNNN
YOU ALL KENA PERAH LEMON TU JUGAK.. 
RASA DIA LAGIIIIIIII SEDAP!!!!!!




GUYS.... IM SAYING FROM THE BOTTOM OF MY HEART... THE FISH KING IS SO SEDAP.. CUT MY FINGER IF THE PIZZA TAK SEDAP........

AFTER A FEW DAYS....... KAKAK ASK ME TO TAKE A AWAY
FISH KING PIZZA FOR HER ADIK.
QUIT SURPRISE.. KAT RUMAH DIA SELALU FIGHTING WITH HER ADIK..
KALAU MAKAN MESTI TAK INGAT ADIK.. SO PELIK
I TOT..MUNGKIN SEBAB HARI TU MAKAN, ADIK TAK DE...
LAGI PUN ADIK TAK BOLEH MAKAN AYAM..
KALAU MAKAN AYAM MESTI ALERGIK...


NOW.. LET'S ENJOYED THE OTHER INTERSTING VIEW..
FISH KING  DALAM KOTAK..
LOOK..SAMA KAN KALER ROTI TU DENGAN LAMPU KAT OUTLET PIZZA TADI.
so golden.. 

Now.. ADIK DAH SUKA MAKAN IKAN... TERIMA KASIH PIZZA...




PENGALAMAN MENIKMATI FISH KING BERSAMA PERAHAN LEMON..
MEMANG CUKUP MENAKJUBKAN...
FISH KING PIZZA..  MAKE ME REALISE.. BETAPA SAYANGNYA KAKAK PADA ADIKNYA.. PADAHAL MEREKA SELALU GADUH JEK..
BECAUSE OF FISH KING.. ADIK SUDAH MULA SUKA MAKAN IKAN.. SO SWEET...


APA LAGI PERGI LA KE PIZZA HUT SEKARANG..
FISH KING PIZZA...MESTI KENA CUBA!!!


HARGA NYE.. murah saja..

amat mengenyangkan dan memuaskan..


JOM PERGI--------->

Monday, May 24, 2010

APA KATA USTAZ (II) - SANGGUL ARAB BERBONGGOL UNTA

Saya tertarik untuk menulis cerita tentang BERTUDUNG DAN BERSANGGUL ARAB ini setelah membaca nota berantai  yang mengandungi dua kandungan ayat ini :-


Quote::
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Quote::
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212- 


Untuk makluman semua pada penulisan pertama saya tentang APA KATA USTAZ tentang isu sanggul arab tersebut, saya tidak berkesempatan untuk berbual dengan lebih lanjut dengan Ustaz Abu Bakar bin Selamat . Tapi saya mengoogle untuk mencari bahan tentang hukum hakam BERSANGGUL ARAB TERSEBUT. Akhirnya saya dapat sedikit maklumat di blog seorang sahabat dan di web ILUVislam.COM.

Pagi tadi baru saya berkesempatan untuk berbual2 dengan Ustaz Abu Bakar bin Selamat di tempat kerja saya.. Antara soalan yang saya ajukan kepada beliau adalah;-

1. Maksud hadis diatas
2. Hukum Bersanggul Arab samada berambut palsu atau dengan rambut sendiri
3. Bertudung hanya untuk berfashion, mengikut trend atau nampak jambul sedikit.
4. Pandangan  tentang pertandingan tudung yang sertai yang ada separuh masyarakat memandang sinis terhadap pertandingan tersebut yang seolah2 memperdagangan kecantikan wanita.

Maklumbalas beliau.

1. Ustaz kata.. sukar untuk mengaitkan isu bersanggul tinggi dengan hadis diatas. Untuk mengetahui maksud tersirat dan tersurat tentang hadis tersebut kita perlu rujuk kepada pakar hadis. Itu adalah lebih baik. Sikap membuat andaian dengan terselit ayat seperti AGAK-AGAK.. MUNGKIN.. KUT.. AGAKNYA... Perlu dielakkan. Kita harus ingat kita bukanlah  qhadi untuk menjatuhkan hukum-hakam. Rujuk adab berpakaian sumber JAKIM.http://al-islamiya.blogspot.com/2007/11/adab-memakai-pakaian-menurut-islam.html..

2. Tentang isu berambut palsu untuk bersanggul tinggi atau menggunakan rambut sendiri, kita perlu berbalik kepada hadis nabi SEKIRANYA BERPAKAIAN JANGANLAH SECARA BERLEBIHAN tidak kira lelaki atau wanita. Jika ada niat untuk menunjuk2 dan riak dalam apa juga yang di pakai memang tidak boleh. Bagi wanita, bersanggul, berambut palsu, mewarnakan rambut,mengubah gaya rambut dibolehkan TAPI HANYA UNTUK SUAMI SAHAJA.Ini termasuk pemakaian minyak wangi.. hanya boleh dirumah.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti." (Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’iy dan Ibnu Majah)


Bersanggul tinggi dibolehkan.. tapi jangalah berlebihan sehingga boleh menarik minat atau syahwat lelaki yang memandang.


RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya (termasuk tudung) kerana perasaan sombong, Allah SWT tidak akan memandangnya pada hari kiamat."

Jadi keywords disini.. adalah NIAT KITA DAN APA YANG KITA PAKAI JANGANLAH NAMPAK SECARA BERLEBIH-LEBIHAN SEHINGGA BOLEH MENIMBULKAN RIAK DAN  BOLEH MENGAKIBATKAN PERKARA YANG BERTENTANGAN DENGAN AGAMA.

2. BERTUDUNG HANYA UNTUK BERFASHION?

Saya bertanya kepada ustaz, apa pandangan ustaz ada yang mengatakan wanita bertudung hanya untuk berfashion atau sekadar mengikuti trend?

Beliau memaklumkan sekiranya dahulu seseorang itu tidak bertudung dan telah berubah bertudung walaupun MENAMPAKKAN JAMBUL SEDIKIT . Kita harus bersangka baik. Maksud bersangka baik adalah  dengan memberi kata-kata tahniah dengan anjakan paradikma yang dilakukan. Mudah-mudahan dengan sangkaan baik kita, beliau dapat terus berubah menjadi lebih baik.

Janganlah sampai kita pula berdosa sebab bersangka buruk pada mereka . Bersangka buruk antaranya memberi pandangan dan kata-kata sinis serta mencemuh perubahan yang mereka lakukan (contohnya : eleh dia tu bertudung sebab nak masuk pertandingan... eleh dia betudung sebab BERFASHION.. dan sebagainya)

3. Dunia fashion pakaian islam makin berkembang dan sudah ada pertandingan  memperagakan fashion2 muslimah ini. Apa pendapat ustaz tentang perkembangan fashion dan pertandingan ini seumpama ini khususnya yang melibatkan wanita?

Saidina Umar ada mengatakan bahawa kita mesti mendidik anak mengikut zaman mereka.


Begitu juga dengan dakwah. Perlu mengikut aliran zaman. Sesuatu pembaharuan perlu dilihat secara sudut positif  dan memikir bagaimana ia mampu membantu utk mengajak masyarakat lebih rapat dan mendalami islam. Contohnya hiburan terutama muzik.. yang harus kita pikirkan adalah bagaimana kita ingin berdakwah mengikut perkembangan aliran zaman.


Pada pandangan beliau tentang pertandingan tudung atau peragaan busana muslimah.. selagi perserta tersebut menutup aurat (termasuk pakaian yang menepati syariat islam) tidak keterlaluan ketika berlengok jalan.. ia perlu dipandang dari sudut positif dimana peragaan tersebut mampu menarik minat wanita lain untuk menutup aurat dan sedar.. BERTUDUNG dan menutup aurat anda kelihatan lebih CANTIK.


Tentang perkembangan fashion pula..selagi fashion yang digayakan menutup aurat wajib wanita, perubahan tersebut dibolehkan agar bersesuaian dengan arus permodenan zaman tetapi janganlah sampai fashion tersebut tidak sempurna sehingga menampakkan aurat walaupun dalam keadaan berpakaian.


sumber rujukan
Ustaz Abu Bakar bin Selamat
Yayasan Warisan Johor

Saturday, May 22, 2010

HUKUM BERSANGGUL TINGGI .. APA KATA USTAZ????


APA KATA USTAZ...(saya copy dan paste saja ni)
assalamualaikum Warahmatullah...Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikan.
(Riwayat Muslim).

Saya kira inilah hadis (di atas) yang dimaksudkan itu. Sepertimana yang telah dijelaskan oleh beberapa ahli iLuvislam dalam thread ini, maksud hadis seperti bonggol unta itu ditujukan kepada perempuan-perempuan yang tidak menutup aurat secara sempurna. Mereka memakai pakaian yang nipis-nipis mahupun ketat-ketat sehingga boleh menampakkan bentuk tubuh dan warna kulit. Pemakaian seperti ini adalah dilarang sama sekali oleh Islam terhadap para wanita kerana seolah-olah mereka semacam bertelanjang juga. Mereka yang tidak menutup aurat ini selalunya bersanggul tinggi untuk manarik perhatian lelaki dengan keadaan sanggul mereka itu.



      Hadis itu juga membawa maksud golongan model, ratu cantik, peragaan yang ketika itu tiada pada zaman nabi.. (sila baca keseluruhan hadis) zaman nabi masih belum ada wanita/model berjalan lenggok2. Bonngol unta yang dimaksudkan adalah mahkota yang dipakai apabila menang.



sanggul rambut yang selalu para wanita memakainya bukanlah membawa maksud seperti hadis di atas mutalaknya dan juga tidak menafikan maksudnya. 




Boleh sahaja untuk memakai sanggul asalkan tidak mendedahkan aurat di hadapan lelaki yang bukan mahramnya serta keadaan sanggul tersebut tidak terlalu TINGGI sehingga boleh menimbulan minat lelaki.



Soalan
Apa pandangan Ustaz tentang pemakaian trend bersanggul tinggi  samada dengan menggunakan rambut palsu atau rambut sendiri ketika bertudung ini?


Apa kata ustaz?
Untuk rambut yang panjang dan original, wajib untuk menutupnya. Berambut palsu bagi wanita ketika tidak menutup aurat adalah haram. Tapi dalam isu bertudung, kita kembali kepada alquran dan sunnah al-ahzab tentang aurat wanita..


TIDAK BERLEBIHAN DAN KETERLALUAN, MENUNJUK-NUNJUK DAN TIDAK DISERTAI DENGAN BAUAN YANG HARUM YANG BOLEH MEMIKAT LELAKI..

 Oleh itu wahai wanita.... BERSEDERHANALAH......
~sekian terima kasih~
 Mak saya kata (sarah hj dawi) 
......... sue jangan ler ko berbuah kelapa atas kepala tuh.. risau mak nengok.. Tersangkut tebuan nanti..
(muahahaha.. mak ni tak sporting ar.. but i love u mak!!!)
** Pesanan saya (sue suhada) kepada sahabat.
Sekiranya ada silap.. mohon dimaklumkan melalui inbox facebook sue suhada sabri atau email pengarahywj@yahoo.com
Untuk dimasa hadapan, sebelum kita menulis tentang keagamaan yang melibatkan hukum-hakam fikirlah dan rujuklah kepada mereka yang lebih arif terlebih dahulu. Di kesempatan ini sue suhada sabri juga ingin berpesan.. janganlah menggunakan gambar-gambar celebriti yang mampu menjatuhkan imej mereka.. 
Lebih baik sekiranya kita menggunakan gambar kita sendiri (heheehee....)..




BONGGOL UNTA INI SUDAH BERLELUASA NAMPAKNYA.. HARAP PERKARA INI DAPAT DIPANJANG-PANJANGKAN KEPADA RAKAN-RAKAN ANDA SEMUA




Love u all.... sue suhada sabri...



(be a follower and LEAVE YOUR COMMENT IN THIS BLOG.. THE SELECTED COMMENT WILL RECEIVE RM50.OO .. )

Friday, May 21, 2010

TUDUNG BERSANGGUL TINGGI dan hadis

Nota di facebook ini seolah-olah dah jadi seperti nota berantai-rantai. Isikandung yang perlu diberi perhatian  adalah :-


Quote::
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Quote::
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212- 



Jika di baca ayat yang diberi.. setiap orang akan memberi 
tafsiran yang berbeza.


Jadi adalah lebih baik sekiranya perkara ini kita rujuk kepada mereka yang lebih arif dan janganlah di panjang-panjangkan dahulu...




Saya akan membantu rakan2 tentang tafsiran dan hukum sanggul tersebut kepada Ustaz Abu Bakar bin Selamat yang pernah berkhidmat di pejabat Agama Johor Bahru...


Cuma saya harap. Rakan2 dapat beri saya sedikit masa .. sebab besok dan lusa cuti.. insya allah saya cuba bagi maklumbalas pada hari selasa atau dengan kadar segera..


share2 ea note saya ni...

Thursday, May 13, 2010

ayat 1,000 dinnar- NYATA PELARIS????

Orang kata, ayat ini ayat pelaris. Kalau gantung kat kedai sure berebut orang datang kedai kita sampai tak cukup tangan melayan. Bagi yang mempunyai pendapat tentang ayat 1000 dinnar ini sila tinggalkan komen anda untuk dijadikan ilmu tambahan kepada manusia yang masih jahil....

Masa memula sue nak buka kedai, ada seorang sahabat menghadiah Ayat 1000 dinnar yang di bingkai kacakan dengan sangat cantik. Kawan sue siap pesan ' KAU GANTUNGKAN AYAT NI.. BERJURUT CUSTOMER DATANG"

Terkerut-kerut kening saya. Saya gantungkan juga Ayat 1000 dinnar itu sebagai tanda penghargaan hadiah dari sahabat.Setiap kali ke kedai mesti terpandang Ayat 1000 dinnar itu, hati saya tertanya-tanya apakah Aura yang menjadikan ayat yang hanya tergantung itu PELARIS KEPADA PERNIAGAAN KITA.

Sepanjang pengetahuan saya didalam al-quran tidak ada satu ayat menyatakan 1,000 dinnar. Yang ada cuma ayat dalam Surah At-Thalaq ayat 2 dan 3 yang bermaksud

barang siapa yang benar-benar takwa kepada Allah, nescaya Allah adakan jalan keluar daripada setiap masalahnya, dan Allah akan ber dia kurnia atau rezeki dengan jalan yang tidak sangka
 Ayat inilah yang disebut-sebut sebagai ayat 1,000 dinar.

TAHUKAH ANDA.

Sebenarnya ayat itu dijadikan idola dan perhatian seorang tokoh islam bernama MALIK BIN DINAR. Dia benar-benar mendirikan takwa dan memelihara ketakwanya . Sebahagian besar hidupnya ditumpukan dengan mengembara merata tempat untuk melihat sendiri kebesaran Allah SWT yang mencipta alam ini.

 KISAH MALIK BIN DINAR di SEPANJANG PENGEMBARAAN

1. Pernah satu ketika Malik dalam musafirnya tersasar ke tepi laut, kebetulan berdekatan dengan dermaga (pelabuhan kecil). Ketika itu dia melihat ramai orang yang sedang memasuki sebuah kapal yang sedang berlabuh di situ. Maka malik pun menuju untuk menaiki kapal itu, tetapi awak-awal kapal minta bayaran tiket pada harga yang ditetapkan. Malangnya Malik tidak mempunyai wang, maka dia minta awak-awak menunggu sebentar untuk menunaikan solat sunat 2 rakaat dan awak2 kapal setuju. Dalam solat Malik berdoa
"Ya allah? Awak2 kapal itu minta barang yang tiada bersama ku, hanya dengan engkau yang banyak (harta)"

DENGAN KETAKWAANnya pada Allah pasir menjadi emas dan Malik meminta awak2 kapal mengambil jumlah emas berdasarkan harga tiket tersebut.

2. Dalam pelayaran berlaku bencana . Semua anak  kapal dan penumpang menjerit-jerit dengan pelbagai ucapan ketakutan. Malik menegur mereka semua agar bertenang.

DENGAN PENUH KETAKWAAAN kepada Allah malik berdoa.
"Ya Allah engkau telah berjanji dalam kitab Engkau (al-quran) barang siapa yang benar2 takwa kepada Engkau. Engkau akan adakan jalan keluar dari setiap kesusahan dan kesulitan (Ayat Seribu Dinnar). Sekarang hamba-Mu sedang mengalami bahaya sebagaimana yang Engkau ketahui!"

Setelah Malik berseru.. bencana menjadi tenang.

Semua yang berada di kapal menghampiri Malik dan bertanya doa dan surah apa yang diamalkan. Malik menerangkan

"barang siapa ingin mewarisi ayat al-quran yang saya amalkan yang telah disaksikan sendiri fadhilatnya, maka hendaklah tebus atau tukar dengan wang 1,000 dinnar."

Mereka semua bertanya kenapa di jual?

Malik menerangkan
 Kalau saya hadiahkan kepada kalian dengan percuma saja,, kalian tidak akan dapat menghargai ayat tersebut dengan penghargaan yang sepatutnya maka kalian tidak akan mendapat fadilatnya"


maka Malik membacakan sepotong ayat lain dalam al-Quran yang ertinya
"Kami tidak akan mendapat apa yang kalian ingin dari sisi Allah, sebelum kalian mengorbankan apa yang kalian sayangi yang ada di tangan kalian"


Setelah malik beri penerangan, semua mereka puashati dan sebahagian mereka yang ada 1000 dinnar, mereka membeli ayat tersebut yang di tulis oleh Malik sendiri.. INI LAH SEJARAH AYAT SERIBU DINNAR


kesimpulan
KUNCI AYAT 1,000 DINAR ADALAH KETAKWAAN KITA KEPADA ALLAH.

Tuesday, May 11, 2010

LELAKI INI.....

Ciri-ciri fizikal merupakan antara faktor penarik bagi mata yang memandang hingga membuatkan hati terpikat. Bak kata pepatah, ‘Dari mata turun ke hati’. Guys, cuba perhatikan ciri-ciri fizikal yang ada pada anda.
Kemudian tanyakan kepada si dia, apakah faktor fizikal itu yang memikat hatinya? Jika anda masih solo, nah! Ini antara petanda yang dibawakan oleh ciri-ciri fizikal anda. Sedar atau tidak, itulah anda. Tapi apa pun, ia bukan jaminan dalam sebuah perhubungan sebaliknya karakter dalaman lebih penting.

1. RAMBUT PANJANG
seorang yang romantik dan berjiwa lembut. Walau pun rambut panjang ala rocker sekali pun dan nampak macam ganas, namun anda miliki hati yang mudah retak (fragile) dan cukup mudah tersentuh. Ada wanita yang suka sekiranya pasangannya berambut panjang (asal tidak menyerupai wanita dan tersisir kemas) kerana ia bukan setakat nampak romantik tetapi juga seksi (bab seksi yang cannot handle tuh)

2. RAMBUT PENDEK ALA MILITARI
Tegas dan mungkin agak kasar. Itu seperti mana yang digambarkan berhubung dengan lelaki berambut pendek ala militari ini. Tetapi ada juga wanita yang sukakan gaya sebegini kerana ia seakan melambangkan ciri-ciri maskulin seorang lelaki.

3. BOTAK
Nampak ganas dan jahat, itu hanya luaran saja. Don’t judge the book by it’s cover. Tetapi bagi sesetengah wanita, beranggapan lelaki botak sebenarnya memiliki sifat kelakian yang kental, tahan cabaran tetapi masih terselit kelembutan di dalam dirinya. Selalunya lelaki botak juga seorang yang manja!(meoww...)

4. BERKUMIS
Nampak lebih matang, ada ciri-ciri maskulin dan seorang yang mengambil berat . Tetapi lelaki berkumis juga sering kali dikatakan seorang yang manja dan tak lokek belaian. Untungnya wanita yang mendapat lelaki seperti anda!

5. BERMISAI
Wah! Macho tu bro! Kalau bermisai lentik, lagi nampak lebih ganas dan garang. Tetapi hakikatnya tidak bukan? Come on bro, buktikan yang anda juga seorang lelaki yang budiman dan menghargai orang lain.

6. KURUS
Lelaki kurus sering dikatakan memiliki kemahuan dalam seksual yang agak tinggi berbanding dengan lelaki berbadan tegap. Dan lelaki kurus juga memiliki tahap cemburu yang sukar untuk dibendung. Jaga-jaga, bro. Jangan sampai makan diri sendiri.

7. GEMUK ATAU BOROI
Anda dikatakan mempunyai sifat penyayang yang lebih, berfikiran jauh dan matang mengendalikan hubungan berbanding dengan lelaki yang bertubuh sederhana atau kurus. Tak kiralah walau perut anda umpama wanita mengandung 5 bulan sekali pun, pasti kekasih anda akan berasa selamat berada di samping anda.


UNTUK PARA WANITA SIAPAKAH PILIHAN JEJAKA ANDA.. (mauhahhaaa.. sekadar suka2 jew tau)

Friday, May 7, 2010

RATAPAN SEORANG WANITA YANG BERGELAR IBU


KISAH INI BERLAKU SEKITAR TAHUN 2009...
KETIKA INGIN MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI.

Ia bukan babak menyayat hati dalam drama televisyen, tetapi realiti hidup ditempuhi seorang penghuni rumah jagaan warga emas dan psikatri di Jalan Denai 1, Kempas di sini, yang begitu mengharapkan untuk pulang menyambut hari raya bersama anak dan cucunya di MASAI JOHOR.

(SELAMILAH... HAYATI... KISAH WANITA TUA INI)

Sekeras-keras batu, keras lagi hati seorang anak lelaki yang tergamak memecut kereta meninggalkan ibunya.

Lebih memilukan, dia tergamak membiarkan wanita tua itu berlari mengejarnya kira-kira 20 meter kerana mahu mengikut si anak pulang menyambut Aidilfitri di rumah.

Namun, apalah kudrat seorang wanita berusia 70-an, apatah lagi terpaksa menggendong bungkusan baju dalam kain batik, untuk mengejar kereta anaknya berusia 40-an yang semakin jauh meninggalkannya.

Kejadian bermula apabila lelaki berkenaan datang menziarahi ibunya di rumah penjagaan itu bagi memaklumkan dia tidak dapat dibawa pulang pada hari raya kali ini kerana tiada sesiapa menjaganya.

Tetapi lain pula difikirkan oleh si ibu. Dia menyangkakan kehadiran anak lelaki tersebut ingin membawa ibunya pulang bagi menyambut Aidilfitri. Lagipun sudah 2 tahun wanita berkenaan beraya di pusat jagaan tersebut.

Dengan wajah yang cukup ceria dan berhatikan perasaan yang cukup gembira si ibu terus menyalin pakaian, memandangkan tiada beg di sediakan, si ibu beriya membungkus pakaian ke dalam kain batik. Tidak sabar rasanya untuk pulang ke rumah keluarganya di Masai.

Selesai baju dibungkus si ibu mengendong bungkusan kain batik dan bersalam-salaman dengan penghuni asuhan, tanpa disangka-sangka, lelaki berkenaan beredar dari situ secara senyap-senyap tanpa memaklumkan sesiapa.

“Menyedari anak lelakinya mahu beredar, si ibupanik dan mengejar kereta anaknya yang mula meninggalkan kawasan rumah kebajikan.

“Si ibu berlari kira-kira 20 meter untuk mengejar kereta berkenaan, tetapi anaknya tetap meninggalkannya.

“Si ibu yang terkilan dengan perbuatan anaknya bukan saja mengalami masalah kesihatan, malah kemurungan selama beberapa hari kerana hampa tidak dapat pulang beraya di rumah,” katanya.

Inikah nilai balasan dari seorang anak untuk seorang ibu yang 40tahun dulu menangis gembira selepas melahirkan bayi lelakinya....

DIMANAKAH IBU ANDA
APA KABAR IBU ANDA DI SANA


"SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU".......... dari sue suhada

Ya allah ya tuhan ku
Janjikanlah syurga untuk kedua ibu bapaku
Mereka telah sempurna menjalankan amanahmu ya allah
amanah membesarkan kami,ciptaan mu, ya allah
ampunkan segala dosa mereka
Jauhkanlah dan haramkanlah dari api neraka menjamah tubuh meraka, ya allah
lapangkan kubur mereka sebagaimana mereka melapangkan dada untuk
membesarkan kami ya allah.....
amin2 yarabbal alamin

mak..
ampunkan segala dosa sue pada mak..