Nota di facebook ini seolah-olah dah jadi seperti nota berantai-rantai. Isikandung yang perlu diberi perhatian adalah :-
Quote::
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.
Rasulullah s.a.w bersabda:
Quote::
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”
–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-
Jika di baca ayat yang diberi.. setiap orang akan memberi
tafsiran yang berbeza.
Jadi adalah lebih baik sekiranya perkara ini kita rujuk kepada mereka yang lebih arif dan janganlah di panjang-panjangkan dahulu...
Saya akan membantu rakan2 tentang tafsiran dan hukum sanggul tersebut kepada Ustaz Abu Bakar bin Selamat yang pernah berkhidmat di pejabat Agama Johor Bahru...
Cuma saya harap. Rakan2 dapat beri saya sedikit masa .. sebab besok dan lusa cuti.. insya allah saya cuba bagi maklumbalas pada hari selasa atau dengan kadar segera..
share2 ea note saya ni...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment