Friday, May 7, 2010

RATAPAN SEORANG WANITA YANG BERGELAR IBU


KISAH INI BERLAKU SEKITAR TAHUN 2009...
KETIKA INGIN MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI.

Ia bukan babak menyayat hati dalam drama televisyen, tetapi realiti hidup ditempuhi seorang penghuni rumah jagaan warga emas dan psikatri di Jalan Denai 1, Kempas di sini, yang begitu mengharapkan untuk pulang menyambut hari raya bersama anak dan cucunya di MASAI JOHOR.

(SELAMILAH... HAYATI... KISAH WANITA TUA INI)

Sekeras-keras batu, keras lagi hati seorang anak lelaki yang tergamak memecut kereta meninggalkan ibunya.

Lebih memilukan, dia tergamak membiarkan wanita tua itu berlari mengejarnya kira-kira 20 meter kerana mahu mengikut si anak pulang menyambut Aidilfitri di rumah.

Namun, apalah kudrat seorang wanita berusia 70-an, apatah lagi terpaksa menggendong bungkusan baju dalam kain batik, untuk mengejar kereta anaknya berusia 40-an yang semakin jauh meninggalkannya.

Kejadian bermula apabila lelaki berkenaan datang menziarahi ibunya di rumah penjagaan itu bagi memaklumkan dia tidak dapat dibawa pulang pada hari raya kali ini kerana tiada sesiapa menjaganya.

Tetapi lain pula difikirkan oleh si ibu. Dia menyangkakan kehadiran anak lelaki tersebut ingin membawa ibunya pulang bagi menyambut Aidilfitri. Lagipun sudah 2 tahun wanita berkenaan beraya di pusat jagaan tersebut.

Dengan wajah yang cukup ceria dan berhatikan perasaan yang cukup gembira si ibu terus menyalin pakaian, memandangkan tiada beg di sediakan, si ibu beriya membungkus pakaian ke dalam kain batik. Tidak sabar rasanya untuk pulang ke rumah keluarganya di Masai.

Selesai baju dibungkus si ibu mengendong bungkusan kain batik dan bersalam-salaman dengan penghuni asuhan, tanpa disangka-sangka, lelaki berkenaan beredar dari situ secara senyap-senyap tanpa memaklumkan sesiapa.

“Menyedari anak lelakinya mahu beredar, si ibupanik dan mengejar kereta anaknya yang mula meninggalkan kawasan rumah kebajikan.

“Si ibu berlari kira-kira 20 meter untuk mengejar kereta berkenaan, tetapi anaknya tetap meninggalkannya.

“Si ibu yang terkilan dengan perbuatan anaknya bukan saja mengalami masalah kesihatan, malah kemurungan selama beberapa hari kerana hampa tidak dapat pulang beraya di rumah,” katanya.

Inikah nilai balasan dari seorang anak untuk seorang ibu yang 40tahun dulu menangis gembira selepas melahirkan bayi lelakinya....

DIMANAKAH IBU ANDA
APA KABAR IBU ANDA DI SANA


"SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU".......... dari sue suhada

Ya allah ya tuhan ku
Janjikanlah syurga untuk kedua ibu bapaku
Mereka telah sempurna menjalankan amanahmu ya allah
amanah membesarkan kami,ciptaan mu, ya allah
ampunkan segala dosa mereka
Jauhkanlah dan haramkanlah dari api neraka menjamah tubuh meraka, ya allah
lapangkan kubur mereka sebagaimana mereka melapangkan dada untuk
membesarkan kami ya allah.....
amin2 yarabbal alamin

mak..
ampunkan segala dosa sue pada mak..

5 comments:

  1. tak akan mencium bau syurga anak lelaki itu tampa ampunan ibu kandongnya...aku pastikan diri ku sentiasa dalam keredaan Ibu ku apalagi keredaan Allah Taala...

    thanks su....happy mother's day..i noe i love u no matter what..love and care..kak ros mu

    ReplyDelete
  2. Thanks kak~

    Cerita ni sue dapat masa ikut suami rasmikan majlis kat rumah orang tetua tuh..

    ReplyDelete
  3. Thanks kak~

    Cerita ni sue dapat masa ikut suami rasmikan majlis kat rumah orang tetua tuh..

    ReplyDelete
  4. ~ SUE...

    terima kasih atas perkongsian ini... sedih dan ambil nilai..

    ReplyDelete
  5. ruby... kisah tu panjang..

    tapi takpelah..sue potong2 sikit.. sedih sangat ler.. tak terdaya nak menulis

    ReplyDelete