Monday, May 24, 2010

APA KATA USTAZ (II) - SANGGUL ARAB BERBONGGOL UNTA

Saya tertarik untuk menulis cerita tentang BERTUDUNG DAN BERSANGGUL ARAB ini setelah membaca nota berantai  yang mengandungi dua kandungan ayat ini :-


Quote::
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Quote::
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212- 


Untuk makluman semua pada penulisan pertama saya tentang APA KATA USTAZ tentang isu sanggul arab tersebut, saya tidak berkesempatan untuk berbual dengan lebih lanjut dengan Ustaz Abu Bakar bin Selamat . Tapi saya mengoogle untuk mencari bahan tentang hukum hakam BERSANGGUL ARAB TERSEBUT. Akhirnya saya dapat sedikit maklumat di blog seorang sahabat dan di web ILUVislam.COM.

Pagi tadi baru saya berkesempatan untuk berbual2 dengan Ustaz Abu Bakar bin Selamat di tempat kerja saya.. Antara soalan yang saya ajukan kepada beliau adalah;-

1. Maksud hadis diatas
2. Hukum Bersanggul Arab samada berambut palsu atau dengan rambut sendiri
3. Bertudung hanya untuk berfashion, mengikut trend atau nampak jambul sedikit.
4. Pandangan  tentang pertandingan tudung yang sertai yang ada separuh masyarakat memandang sinis terhadap pertandingan tersebut yang seolah2 memperdagangan kecantikan wanita.

Maklumbalas beliau.

1. Ustaz kata.. sukar untuk mengaitkan isu bersanggul tinggi dengan hadis diatas. Untuk mengetahui maksud tersirat dan tersurat tentang hadis tersebut kita perlu rujuk kepada pakar hadis. Itu adalah lebih baik. Sikap membuat andaian dengan terselit ayat seperti AGAK-AGAK.. MUNGKIN.. KUT.. AGAKNYA... Perlu dielakkan. Kita harus ingat kita bukanlah  qhadi untuk menjatuhkan hukum-hakam. Rujuk adab berpakaian sumber JAKIM.http://al-islamiya.blogspot.com/2007/11/adab-memakai-pakaian-menurut-islam.html..

2. Tentang isu berambut palsu untuk bersanggul tinggi atau menggunakan rambut sendiri, kita perlu berbalik kepada hadis nabi SEKIRANYA BERPAKAIAN JANGANLAH SECARA BERLEBIHAN tidak kira lelaki atau wanita. Jika ada niat untuk menunjuk2 dan riak dalam apa juga yang di pakai memang tidak boleh. Bagi wanita, bersanggul, berambut palsu, mewarnakan rambut,mengubah gaya rambut dibolehkan TAPI HANYA UNTUK SUAMI SAHAJA.Ini termasuk pemakaian minyak wangi.. hanya boleh dirumah.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti." (Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’iy dan Ibnu Majah)


Bersanggul tinggi dibolehkan.. tapi jangalah berlebihan sehingga boleh menarik minat atau syahwat lelaki yang memandang.


RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya (termasuk tudung) kerana perasaan sombong, Allah SWT tidak akan memandangnya pada hari kiamat."

Jadi keywords disini.. adalah NIAT KITA DAN APA YANG KITA PAKAI JANGANLAH NAMPAK SECARA BERLEBIH-LEBIHAN SEHINGGA BOLEH MENIMBULKAN RIAK DAN  BOLEH MENGAKIBATKAN PERKARA YANG BERTENTANGAN DENGAN AGAMA.

2. BERTUDUNG HANYA UNTUK BERFASHION?

Saya bertanya kepada ustaz, apa pandangan ustaz ada yang mengatakan wanita bertudung hanya untuk berfashion atau sekadar mengikuti trend?

Beliau memaklumkan sekiranya dahulu seseorang itu tidak bertudung dan telah berubah bertudung walaupun MENAMPAKKAN JAMBUL SEDIKIT . Kita harus bersangka baik. Maksud bersangka baik adalah  dengan memberi kata-kata tahniah dengan anjakan paradikma yang dilakukan. Mudah-mudahan dengan sangkaan baik kita, beliau dapat terus berubah menjadi lebih baik.

Janganlah sampai kita pula berdosa sebab bersangka buruk pada mereka . Bersangka buruk antaranya memberi pandangan dan kata-kata sinis serta mencemuh perubahan yang mereka lakukan (contohnya : eleh dia tu bertudung sebab nak masuk pertandingan... eleh dia betudung sebab BERFASHION.. dan sebagainya)

3. Dunia fashion pakaian islam makin berkembang dan sudah ada pertandingan  memperagakan fashion2 muslimah ini. Apa pendapat ustaz tentang perkembangan fashion dan pertandingan ini seumpama ini khususnya yang melibatkan wanita?

Saidina Umar ada mengatakan bahawa kita mesti mendidik anak mengikut zaman mereka.


Begitu juga dengan dakwah. Perlu mengikut aliran zaman. Sesuatu pembaharuan perlu dilihat secara sudut positif  dan memikir bagaimana ia mampu membantu utk mengajak masyarakat lebih rapat dan mendalami islam. Contohnya hiburan terutama muzik.. yang harus kita pikirkan adalah bagaimana kita ingin berdakwah mengikut perkembangan aliran zaman.


Pada pandangan beliau tentang pertandingan tudung atau peragaan busana muslimah.. selagi perserta tersebut menutup aurat (termasuk pakaian yang menepati syariat islam) tidak keterlaluan ketika berlengok jalan.. ia perlu dipandang dari sudut positif dimana peragaan tersebut mampu menarik minat wanita lain untuk menutup aurat dan sedar.. BERTUDUNG dan menutup aurat anda kelihatan lebih CANTIK.


Tentang perkembangan fashion pula..selagi fashion yang digayakan menutup aurat wajib wanita, perubahan tersebut dibolehkan agar bersesuaian dengan arus permodenan zaman tetapi janganlah sampai fashion tersebut tidak sempurna sehingga menampakkan aurat walaupun dalam keadaan berpakaian.


sumber rujukan
Ustaz Abu Bakar bin Selamat
Yayasan Warisan Johor

3 comments:

  1. sangat bermakna info anda in sebab saya menjual barangan hijab wanita..so saya tkot jugak b4 nie sy ada jual sanggul..tkot penerangan sy x btol pd dowg..sy pnjm anda pnye post nak letak kat blogshop sy..


    http://cikbihahtrendyshawl.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Jadi keywords disini.. adalah NIAT KITA DAN APA YANG KITA PAKAI JANGANLAH NAMPAK SECARA BERLEBIH-LEBIHAN SEHINGGA BOLEH MENIMBULKAN RIAK DAN BOLEH MENGAKIBATKAN PERKARA YANG BERTENTANGAN DENGAN AGAMA.


    niat tidak menghalalkan cara
    sekian, terima kasih

    ReplyDelete
  3. salam.....trime ksih ats info nie....byk m'beri pgthuan.....sy nk share kt FB sy.....sbb ade info2 yg di sampaikan b'lainan dgn mkne hadis.....

    ReplyDelete