Thursday, May 13, 2010

ayat 1,000 dinnar- NYATA PELARIS????

Orang kata, ayat ini ayat pelaris. Kalau gantung kat kedai sure berebut orang datang kedai kita sampai tak cukup tangan melayan. Bagi yang mempunyai pendapat tentang ayat 1000 dinnar ini sila tinggalkan komen anda untuk dijadikan ilmu tambahan kepada manusia yang masih jahil....

Masa memula sue nak buka kedai, ada seorang sahabat menghadiah Ayat 1000 dinnar yang di bingkai kacakan dengan sangat cantik. Kawan sue siap pesan ' KAU GANTUNGKAN AYAT NI.. BERJURUT CUSTOMER DATANG"

Terkerut-kerut kening saya. Saya gantungkan juga Ayat 1000 dinnar itu sebagai tanda penghargaan hadiah dari sahabat.Setiap kali ke kedai mesti terpandang Ayat 1000 dinnar itu, hati saya tertanya-tanya apakah Aura yang menjadikan ayat yang hanya tergantung itu PELARIS KEPADA PERNIAGAAN KITA.

Sepanjang pengetahuan saya didalam al-quran tidak ada satu ayat menyatakan 1,000 dinnar. Yang ada cuma ayat dalam Surah At-Thalaq ayat 2 dan 3 yang bermaksud

barang siapa yang benar-benar takwa kepada Allah, nescaya Allah adakan jalan keluar daripada setiap masalahnya, dan Allah akan ber dia kurnia atau rezeki dengan jalan yang tidak sangka
 Ayat inilah yang disebut-sebut sebagai ayat 1,000 dinar.

TAHUKAH ANDA.

Sebenarnya ayat itu dijadikan idola dan perhatian seorang tokoh islam bernama MALIK BIN DINAR. Dia benar-benar mendirikan takwa dan memelihara ketakwanya . Sebahagian besar hidupnya ditumpukan dengan mengembara merata tempat untuk melihat sendiri kebesaran Allah SWT yang mencipta alam ini.

 KISAH MALIK BIN DINAR di SEPANJANG PENGEMBARAAN

1. Pernah satu ketika Malik dalam musafirnya tersasar ke tepi laut, kebetulan berdekatan dengan dermaga (pelabuhan kecil). Ketika itu dia melihat ramai orang yang sedang memasuki sebuah kapal yang sedang berlabuh di situ. Maka malik pun menuju untuk menaiki kapal itu, tetapi awak-awal kapal minta bayaran tiket pada harga yang ditetapkan. Malangnya Malik tidak mempunyai wang, maka dia minta awak-awak menunggu sebentar untuk menunaikan solat sunat 2 rakaat dan awak2 kapal setuju. Dalam solat Malik berdoa
"Ya allah? Awak2 kapal itu minta barang yang tiada bersama ku, hanya dengan engkau yang banyak (harta)"

DENGAN KETAKWAANnya pada Allah pasir menjadi emas dan Malik meminta awak2 kapal mengambil jumlah emas berdasarkan harga tiket tersebut.

2. Dalam pelayaran berlaku bencana . Semua anak  kapal dan penumpang menjerit-jerit dengan pelbagai ucapan ketakutan. Malik menegur mereka semua agar bertenang.

DENGAN PENUH KETAKWAAAN kepada Allah malik berdoa.
"Ya Allah engkau telah berjanji dalam kitab Engkau (al-quran) barang siapa yang benar2 takwa kepada Engkau. Engkau akan adakan jalan keluar dari setiap kesusahan dan kesulitan (Ayat Seribu Dinnar). Sekarang hamba-Mu sedang mengalami bahaya sebagaimana yang Engkau ketahui!"

Setelah Malik berseru.. bencana menjadi tenang.

Semua yang berada di kapal menghampiri Malik dan bertanya doa dan surah apa yang diamalkan. Malik menerangkan

"barang siapa ingin mewarisi ayat al-quran yang saya amalkan yang telah disaksikan sendiri fadhilatnya, maka hendaklah tebus atau tukar dengan wang 1,000 dinnar."

Mereka semua bertanya kenapa di jual?

Malik menerangkan
 Kalau saya hadiahkan kepada kalian dengan percuma saja,, kalian tidak akan dapat menghargai ayat tersebut dengan penghargaan yang sepatutnya maka kalian tidak akan mendapat fadilatnya"


maka Malik membacakan sepotong ayat lain dalam al-Quran yang ertinya
"Kami tidak akan mendapat apa yang kalian ingin dari sisi Allah, sebelum kalian mengorbankan apa yang kalian sayangi yang ada di tangan kalian"


Setelah malik beri penerangan, semua mereka puashati dan sebahagian mereka yang ada 1000 dinnar, mereka membeli ayat tersebut yang di tulis oleh Malik sendiri.. INI LAH SEJARAH AYAT SERIBU DINNAR


kesimpulan
KUNCI AYAT 1,000 DINAR ADALAH KETAKWAAN KITA KEPADA ALLAH.

1 comment: